Rumpai laut mungkin sesuatu yang masih
asing di Malaysia, tetapi di negara kepulauan seperti Jepun, ia
merupakan sejenis sayur yang popular. Ia tergolong dalam kumpulan algae,
iaitu sejenis kelas tumbuhan yang menghasilkan “makanannya” sendiri
tetapi bersifat ringkas kerana tisu-tisunya tidak membentuk sebarang
organ yang jelas (seperti daun, bunga, buah, majoritinya terdapat pada
tumbuhan darat).
Rumpai laut terkenal sebagai salah satu
“superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga
mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa
mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.
Rumpai laut, Rumpai laut asli, Pembekal rumpai laut, Pemborong rumpai
laut, Rumpai laut murah, Pembekal besar rumpai laut Malaysia, Khasiat
rumpai laut, Pure marine, Pure marine collagen, Kolagen asli, Kolagen
semulajadi, Rahsia kulit cantik menawan, Kulit cantik menawan, Seaweed,
Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis dan species (dipecahkan
kepada 3 jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah). Ia
tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek
agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses
fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang
lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk
berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya rumpai laut seringkali dilihat
tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.
Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan rumpai laut yang perlu anda tahu
1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi
kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre(kelenjar
thyroid membengkak).
2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan
yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk
berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang
menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
3. Kenapa sifat
alkaline dalam rumpai laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan
kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk
keperluan manusia. Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang
mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur
daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium,
iodine, dan zinc.
4. Kaya dengan serat, meskipun struktur
komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung
mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
5. Bersifat
anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol
dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
6. Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai ejen detox. Terdapat
komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam
sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
7. Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil
diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila
makan dengan sedikit.
8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan
sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi
sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai,
sejak berzaman lagi.
9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh
diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan
mengakibatkan keracunan iodine.
10. Rumpai laut yang sudah busuk
berupaya menghasilkan gas hidrogen sulfida. Ianya beracun dan boleh
mengakibatkan muntah dan cirit birit.
Kebanyakkan rumpai laut
yang dijual di pasaran Malaysia sebenarnya telah diproses (diimport dari
luar), manakala ada sesetengahnya juga yang dipasarkan dalam bentuk
supplemen. Tidak seperti di Jepun atau di Thailand, agak sukar
sebenarnya untuk mencari rumpai laut yang segar di sini memandangkan
popularitinya di negara kita masih ‘tak berapa popular’. Jika tidak
berkunjung ke Sushi King, atau kaunter makanan Jepun di Jusco, memang
kita tidak akan berjumpa superfood ini dalam makanan hidangan tengahari
atau malam. - sumber
UPM temui pengganti garam yang baik untuk kesihatan
SERDANG: Selepas penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran
berjumlah RM500,000, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia
(UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.
Dinamakan KardioMate yang dihasilkan daripada rumpai laut dan darat, ia
didapati memberi manfaat kesihatan kepada pesakit kardiovaskular (CVD).
KardioMate juga sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke
atas, ter-utama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah
kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser, tiroid dan kolestrol
tinggi.
Penyelidik Institut Biosains, Fakulti Sains dan
Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila
Mohamed, berkata KardioMate mempunyai ciri antioksida yang tinggi,
kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral
penting seperti magnesium, kalsium, kalium, iodin, zink, kuprum dan
selium.
“Menerusi kajian terhadap haiwan di makmal, KardioMate
didapati mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu mengurangkan
berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit,
otak dan saluran darah."
“Selain itu, ujian makmal juga
menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser
payudara,” katanya pada sidang media Putra Cipta di UPM, semalam. Hadir
sama Pengarah Institut Biosains UPM, Prof Dr Fatimah Yusof."
Dr
Suhaila berkata, KardioMate mempunyai aktiviti antimikrobial yang
membantu melambatkan kerosakan makanan, pada masa sama merencatkan
kenaikan gula dalam darah serta mengawal tekanan darah berlebihan.
Berbanding garam biasa, KardioMate memiliki ciri antioksida yang baik
untuk kesihatan dan kesegaran makanan. Selain garam alternatif, ia boleh
dijadikan sebagai perasa masakan, sos, snek atau dicampur dalam aiskrim
dan minuman.
Serat rumpai laut ini juga boleh dijadikan bahan
kosmetik dan krim topikal memandangkan antibodi yang dihasilkannya sama
seperti gamat yang kini luas dikomersilkan.
Saya berharap ada
pihak industri akan bekerjasama dengan UPM Holdings mengkomersilkan
rumpai laut ini. Saya mencadangkan ia dijual pada harga RM8 bagi setiap
botol 80 gram. Walaupun agak mahal berbanding garam biasa, KardioMate
sesuai untuk golongan berisiko, katanya.
No comments:
Post a Comment